Translate

Friday 20 January 2012

Mimpi, Nyamuk dan Momok

Gua terbangun dari tidur. Lebih kurang 10 minit yang lepas. Gua mimpi momok! Gila betul, gua dah basuh dah kaki sebelum tidur tadi, doa pun gua dah baca juga. Entah momok jenis apa masuk dalam mimpi orang yang dah baca doa ni. Gua syak, momok yang dah senior ni. Tu pasal dia berani juga walaupun gua dah baca doa.
Memang gua lelaki sejati, panjat pokok rambutan tak guna tangga pun. Belah durian guna sudu je, tapi bila mimpi pasal momok, bergetar juga saraf lelaki sejati gua ni. Berpeluh juga la masa gua bangun dari tidur tadi. Tengah gua mengurut dada, nyamuk pulak buat hal. Terbang lepas tu hinggap dekat pipi gua. Nak makan darah gua la tu kerjanya, takde kerja lain.
Gua pun pergi ke dapur, ambik biskut cap ping pong. Gua hancur-hancurkan letak dalam pinggan. Lepas tu gua letak pinggan tu dekat tepi tilam gua. Dengan harapan, nyamuk-nyamuk tu makan la biskut tu nanti, takde la asyik nak makan gua je. Selesai pasal nyamuk, ketakukat gua datang balik. Gua pun berfikir lagi, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Gua pun menyanyi lagu semboyan telah berbunyi, biar ada semangat patriotik dalam diri gua ni. Biar gua jadi berani sikit. Mata gua pun dah berat ni, walau apapun gua kena tidur juga ni. Gua dah buat keputusan, tidur dekat luar. Mesti momok tu pelik, tengok gua dah takde dalam bilik. Tak dapat la dia nak masuk dalam mimpi gua lagi. Boleh la gua mimpi Maya Karin, sama-sama berlakon dalam cerita Ombak Rindu. Kah kah kah.

Wednesday 18 January 2012

Blog dan Blogger

Blog gua tak power, tak sedap serupa blog orang lain. Maka, terimalah seadanya.
Gua cemburu betul bila tengok blog !*!EyjaMasliza!*! Cantik betul.


Saturday 14 January 2012

Ombak Rindu; Novel vs Filem

Entri kali ni pasal Ombak Rindu, disebabkan gua baru je lepas tengok cerita dia tadi. Gua syak, kau orang mesti dah jemu dah, dari mula-mula cerita tu keluar, sampai la baca entri gua ni, tak habis-habis cerita pasal Ombak Rindu ni.
Mula-mula, gua takde rasa langsung nak tengok, sebab gua yakin kalau dari novel bawak ke panggung wayang, cerita dia jadi kurang sikit. Tapi, bila gua dengar kutipan cerita ni dapat lebih kurang sepuluh juta lebih, gua jadi rasa nak tengok. Lagi pun, ada Maya Karin tu. Gila la tak tengok dia berlakon.
Jadi, gua pun hadap la cerita yang berdurasi lebih kurang dua jam tu. Macam biasa lagi, takde lagi tanda-tanda rasa nak menangis. Mata pun tak rasa pedih lagi. Gua teruskan juga tengok, gua dah rasa hampa dah. Tapi gua fikir balik, takkan nak ikut sebijik dalam novel, silap-silap 3 hari baru habis cerita dia. Nampak? Gua cuba sedapkan hati.
Makin lama, makin jadi tak sedap dah hati gua. Gua pelik pasal apa kawan serumah gua, tengok cerita ni sampai tiga kali? Tiga-tiga kali tu juga dia menangis. Gua pulak, rasa nak tergelak je. Lagi-lagi bila scene Pak Dollah kejar kereta Encik Hariz, pergi je la terus rumah dia, nak kejar pasal apa? Buat letih je lari-lari, dah la Pak Dollah tu dah tua.
Tapi, ada juga la part yang sedih, masa Izzah kena pukul sampai pengsan,sebab Pak Dollah syak dia mengandung tu. Part tu gua rasa nak menangis juga la sikit. Tapi, dalam novel lagi power, masa Encik Hariz mengamuk nak buang kucing Izzah, lepas tu Izzah cakap dia dah takde siapa-siapa dalam dunia ni, ada kucing tu je. Fuhhh! Yang tu power beb! Jadi pendapat gua, cerita Ombak Rindu ni gua bagi tiga bintang. Novel dia lak gua bagi lima puluh bintang.
Kau orang lak macam mana? Sama pendapat dengan gua jugak ke? Kalau sama kita geng la. Kah kah kah!

Friday 13 January 2012

Follower dan Traffic

Gua nak join segmen ni entah-entah gua menang nanti.


SEGMEN Mr.E'raz Fadli (TINGKATKAN FOLLOWER DAN TRAFFIC) by Mr.E'raz Fadli


 Syarat-syaratnya:

- Follow blog Mr.E'raz.- Like Fanpage Mr.E'raz- Buat satu entri pasal Segmen Mr.E'raz Fadli (tingkatkan followers dan traffic) dan link-kan entri tersebut Di sini.


- Letak banner. Tag tiga orang rakan blogger.


Hadiahnya yang akan diberi oleh Mr.E'raz Fadli seperti berikut:


1- Semua link akan disenaraikan dalam entri yg dipanggil Sticky Post.

2- Brader Eraz letak dalam special bloglist selama sebulan.

Kau orang baca je jangan join, baru la senang gua menang. Kahkahkah. Terima kasih dekat Makwe Kenit ni sebab tag gua pagi tadi, puas juga gua fikir nak tag siapa ni,


Cik Stardusthill


Cik Zoeyzauyah


Cik Lovely Fieda

Tuesday 10 January 2012

Hutang

Ketika gua tulis entri ini, keadaan sudah tenang dan juga terkawal. Hari itu, gua dan lagi sorang kawan serumah gua, lepak depan rumah. Kawan gua baru lepas tukar warna motorsikal dia. Jadi, gua tolong dia tampal strike, tengah tampal strike tu, tiba-tiba seorang brader naik motorsikal berenti depan rumah.
"Alamat ni dekat sini, kan?" Soal brader tersebut. Sambil dia menunjukkan sekeping kertas.
"Ha'ah, betul la tu, apahal?" Gua soal, muka gua masamkan, biar nampak ganas sikit.
"Dah berapa kali kompeni aku bagi surat? Tak bayar juga pasal apa?" Brader tu soal gua balik, tinggi juga tona suara dia.
Gua pergi dekat dia, gua mintak surat tu, suara gua, gua dah rendahkan. Lama juga gua tengok surat tu. Siapa pulak buat hal ni.
"Relaks la, bang. Jangan kecoh macam ni, malu orang lain dengar nanti." Kawan gua cuba meraih simpati brader tersebut.
"Dah banyak masa kompeni aku bagi, tak bayar juga. Nak tunjuk keras kepala. Dah, dah aku buat kerja aku, ko jangan sibuk. Kepala ko aku potong karang, nak?" Balas brader itu lagi.
"Relaks la, bang. Melayu sama melayu kot bang? Takkan sampai macam ni?" Sampuk gua, penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.
"Dah, dah korang jangan bising, aku tumbuk karang, sia-sia je. Dah!" Balas brader tu lagi.
Keesokan harinya, semua keluarkan duit. Timbul lagi satu masalah. Semua tak 'berani' nak pergi bayar. Disebabkan gua yang mempunyai ciri-ciri yang paling tinggi untuk jadi ketua gangster dalam ramai-ramai tu, makanya, gua la yang pergi. Gua ajak sorang lagi, puas juga paksa dia suruh ikut gua. Yea la, buatnya jadi apa-apa karang, ada juga orang nak backup.
Kami pun menuju ke alamat yang tertera di dalam surat yang ditinggalkan oleh brader yang datang kemarin. Ramai juga gua tengok orang dekat situ, semua nak bayar hutang juga agaknya. Gua meneka. Hampir 25 minit menunggu, gua pun dipanggil, lekas-lekas gua dengan kawan gua bangun dan duduk di kerusi yang di sediakan.
"Ni duitnya, saya rasa cukup. Kalau tak percaya, kira la." Penuh sopan-santun gua menyusun bicara.
Perempuan di depan kami tersenyum, "Bekalan elektrik akan disambung semula selepas jam 5 petang nanti. Lainkali bayar awal, ya," Sambil dia tersenyum lagi.