Translate

Wednesday 18 April 2012

Gemilang Pagi

Pagi. Mencorak waktu; masa terluang membina memori, tanpa sedar batas waktu. Siulan burung, hujan dan unggas ramah menyapa, menemani laluan indah. Berbagai warna; hijau, merah, kelabu dan hitam.

Azan melagukan alunan, diselang ramah manusia menyapa, mengingatkan malam telah berakhir dan bermulanya hari baru. Mampukah aku bertemu pagi lagi? Setelah ia berlalu pergi.

Malam. Wajah rembulan pamer keindahan. Segala keraguan mula hilang, setiap waktu berjanji bersatu; mencipta memori baru. Pasti dengan apa yang dimahukan. Bukan untuk cuba dan lihat.

Bersyukur, bilamana satu hari nanti jadi hakiki.

P/S: Kasi can la gua berpuisi satu kali. Kah kah kah!

Sunday 15 April 2012

Cerita Hari Ibu

Gua nak tanya sikit ni, hari ibu ni, tarikh dia memang sama ke tiap-tiap tahun? Ke berubah macam tarikh hari raya tu? Okay-okay, cerita dia macam ni, ada sehari tu, gua lepak dengan member gua ni. Lepak dekat busstand, biasa la, kalau jadi kutu lepak ni, dekat bus-stand la port strategik. Makwe pun ramai.
Tengah-tengah gua serius dan fokus melepak tu, hati gua jadi tak tenang. Gua dah ucap dah selamat hari ibu dekat emak gua tadi, tapi gua tukar. Gua ucap 'selamat hari emak' sebab gua panggil emak. Tapi gua tak tenang bila tengok ibu yang duduk seberang jalan, tak jauh dari tempat gua melepak,
"Oi, ko tengok ibu tu, patutnya hari ibu ni dia diraikan, bukan duduk tepi jalan macam tu!"
"Ibu mana pulak ko ni?" Soal member gua.
"Tu, yang duduk tepi jalan tu la. Aduhhh ko ni!"
"Ahhh, lantak dia la, ko tak payah la sibuk," balas member gua tu. Takde langsung nilai-nilai murni dalam kata-kata dia, takkan takde sikit pun rasa kesian?
"Eh, jom kita ucap selamat hari ibu dekat dia."
"Tak payah la, ko ucap dekat mak ko dah la," kata member gua.
"Kalau ko tak nak pergi, ko tunggu sini. Lepas ni jangan kawan dengan aku lagi!"
"Yelah, yelah. Babi la main ugut-ugut. Ko ucap la sorang-sorang, aku teman je," kata member gua, dia mengalah.
"Selamat hari ibuuu!"
Gua ucap dekat ibu tu, setelah gua sampai dekat dia. Ibu tu senyap je, tak bagi respon langsung. Gua pulak rasa panas hati. Gua ucap sekali lagi, ibu tu senyap juga. Tiga kali gua menjerit. Senyap juga.
"Dah la tu, malu orang tengok nanti. Gila apa ucap hari ibu dekat ibupejabat polis daerah ni? Dah la, jom blah," kata member gua. Dia tarik tangan gua. Gua tak puas hati lagi, gua tunjuk penumbuk ke arah 'ibu' tu. Baru puas hati sikit gua rasa.

Friday 16 March 2012

Batu Nisan Berkata-Kata

Gua dah mula rasa payah main blog ni, orang lain gua tengok relaks je sehari up dua tiga entri. Datang dari mana la agaknya ilham nak menulis tu. Gua nak up sehari satu entri pun perit. Tapi, lepas gua ronda-ronda dekat facebook tadi, gua dapat idea nak tulis entri ni.
Lama juga la gua buang masa dekat facebook tadi. Macam-macam post gua baca, ada yang merajuk dengan pakwe, mengamuk tulis mencarut pun ada juga. Makan nasi lauk telur mata dengan kicap pun post juga. Kah kah kah.

Tapi, ada satu post ni yang menarik minat gua. Kawan gua yang sama-sama ambik sijil STAM dulu yang post. "Kalau dah arwah nanti, dekat batu nisan, mana ada tulis kita ni model ke apa ke. Jadi, jangan sombong." Lebih kurang macam ni la dia post. Seram juga bila gua baca tadi, gua nak dekat dengan batu nisan pun takut, macam mana lak nak baca.
Tapi, ada benar juga dia tulis macam tu, kau orang pernah baca dekat batu nisan tulis macam tu? Tapi, bukan model je tak tulis, semua jenis kerja takde tulis. Tak kira la dia tokey syarikat membekal batu nisan, dan menggunakan kereta jenis nissan, takde juga tulis, gua rasa.
Gua bukan la seorang Ustaz, tak pernah langsung terlintas di hati gua ni nak jadi seorang Ustazah. Tapi, takde la gua bodoh betul. Tau juga la sikit-sikit pasal ilmu ketuhanan ni. Sebab apa tak ditulis? Sebab yang ditulis hanyalah segala amalan kita, ditulis oleh dua orang Malaikat yang telah dilantik. Kalau banyak amalan baik ditulis, maka berbahagialah. Jika banyak amalan tidak baik, maka sengsaralah di 'sana' nanti.
Eleh, tau-tau je dia ni sengsara atau bahagia, pernah pergi 'sana' ke? Kalau ada yang soal macam ni, gua akan jawab dengan tenang, "tak pernah!" tapi gua dengar ustaz gua bagitau. Jadi, jangan la dipersoalkan macam mana ustaz gua tu tahu, dah nama dia pun ustaz, mengajar pulak bahagian Usuluddin, mesti la dia tahu.
Sebagaimana yang gua bagitahu tadi, entri ini bukan la sebab nak tunjuk pandai atau apa-apa yang sama waktu dengannya. Gua rasa kawan gua tu pun sama, mungkin sebab dia tengok rancangan American Next Top Model masa dia buat post tu. Jadi, yang baik ambik la buat teladan, yang tak baik tu, tak payah la ambik, yea dak? Jadi, disebabkan entri ini berunsur islamik, maka, gua akhiri dengan Wassalamu, wallahu a'alamu bissawab.

Thursday 2 February 2012

Gua dan Cinta II

Sekarang ni kalau sebut pasal cinta, budak-budak pun dah power juga. Bukan setakat cakap I love you je, dia orang lagi advance. Ada yang cakap Aisheteru la, Saranghaeyo la, entah apa bahasa lagi dia orang guna. Kau ada? Dari dulu mengorat asyik cakap I love you je.
Benda apa yang paling berkait rapat dengan cinta? Haaa, bagi gua la kan, mengorat la benda paling rapat sekali. Tapi ada juga jenis tak mengorat lama-lama, macam cinta 'pandang pertama' tu, hari ni kenal, malam kawin, pagi besok cerai. Paham? Tak paham sudah, malas gua nak terang.
Okay, okay gua bagi contoh sikit berkenaan mengorat ni. Gua takde la power sangat dalam arena pemengoratan ni, tapi ada la sikit pengalaman nak dikongsi. Masa tu gua lepak dengan kawan-kawan gua dekat satu shopping mall ni, tengah-tengah melepak tu, lalu dua orang makwe. Gua pun apa lagi, buat la bunyi 'chuwit chuwit' guna bibir. Makwe tu senyum. Dah ada respon, gua pun jadi berani la.
"Hai, Cik makwe. Saya single lagi ni, jom kawin lari dekat siam, nak?" Gua gelak-gelak sikit. Makwe tu maki gua beb! Dia cakap nak report polis sebab gua kacau dia. Terus blah la, gila nak tunggu lagi. Buatnya dia report interpol, jadi pelarian antarabangsa gua nanti.
Tapi gua jenis yang tak serik, nak jadi playboy takkan mudah je nak mengalah, yea dak? Kali kedua, gua mengorat lagi. Masa tu atas motor, gua dengan kawan, baru balik dari makan nasi bujang. Ada satu makwe ni, gua tengok dua tiga kali juga dia pandang-pandang gua. Gua pun perlahankan kelajuan motorsikal gua. Dah sampai dekat dengan dia, gua tegur.
"Hai, dari tadi asyik tengok saya je, kalau nak mengorat, cepat-cepat la. Nanti saya dikebas orang." Gua serius, sebab makwe tu comel betul.
"Toksah loklak aih, kami nak lintaih jalan, hangpa dari tadi dok bawak slow pasaipa? Bawak motor serupa bawak penyapu, cemuih dok tunggu," kata makwe comel tu.
Celaka, malu beb. Sikit pun dia tak layan. Kawan gua tarik visor dah, tepuk-tepuk bahu gua suruh jalan. Kami pun blah la, belum sampai lagi jodoh gua agaknya.
Tapi ada sikit la gua nak pesan. Hormatilah makwe-makwe di luar sana, nescaya dia akan hormat kita sebagai lelaki juga. Untuk lelaki la. Untuk perempuan kau orang tukar la sendiri ayat tu. Malas gua nak ulang tulis.

Friday 20 January 2012

Mimpi, Nyamuk dan Momok

Gua terbangun dari tidur. Lebih kurang 10 minit yang lepas. Gua mimpi momok! Gila betul, gua dah basuh dah kaki sebelum tidur tadi, doa pun gua dah baca juga. Entah momok jenis apa masuk dalam mimpi orang yang dah baca doa ni. Gua syak, momok yang dah senior ni. Tu pasal dia berani juga walaupun gua dah baca doa.
Memang gua lelaki sejati, panjat pokok rambutan tak guna tangga pun. Belah durian guna sudu je, tapi bila mimpi pasal momok, bergetar juga saraf lelaki sejati gua ni. Berpeluh juga la masa gua bangun dari tidur tadi. Tengah gua mengurut dada, nyamuk pulak buat hal. Terbang lepas tu hinggap dekat pipi gua. Nak makan darah gua la tu kerjanya, takde kerja lain.
Gua pun pergi ke dapur, ambik biskut cap ping pong. Gua hancur-hancurkan letak dalam pinggan. Lepas tu gua letak pinggan tu dekat tepi tilam gua. Dengan harapan, nyamuk-nyamuk tu makan la biskut tu nanti, takde la asyik nak makan gua je. Selesai pasal nyamuk, ketakukat gua datang balik. Gua pun berfikir lagi, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Gua pun menyanyi lagu semboyan telah berbunyi, biar ada semangat patriotik dalam diri gua ni. Biar gua jadi berani sikit. Mata gua pun dah berat ni, walau apapun gua kena tidur juga ni. Gua dah buat keputusan, tidur dekat luar. Mesti momok tu pelik, tengok gua dah takde dalam bilik. Tak dapat la dia nak masuk dalam mimpi gua lagi. Boleh la gua mimpi Maya Karin, sama-sama berlakon dalam cerita Ombak Rindu. Kah kah kah.

Wednesday 18 January 2012

Blog dan Blogger

Blog gua tak power, tak sedap serupa blog orang lain. Maka, terimalah seadanya.
Gua cemburu betul bila tengok blog !*!EyjaMasliza!*! Cantik betul.


Saturday 14 January 2012

Ombak Rindu; Novel vs Filem

Entri kali ni pasal Ombak Rindu, disebabkan gua baru je lepas tengok cerita dia tadi. Gua syak, kau orang mesti dah jemu dah, dari mula-mula cerita tu keluar, sampai la baca entri gua ni, tak habis-habis cerita pasal Ombak Rindu ni.
Mula-mula, gua takde rasa langsung nak tengok, sebab gua yakin kalau dari novel bawak ke panggung wayang, cerita dia jadi kurang sikit. Tapi, bila gua dengar kutipan cerita ni dapat lebih kurang sepuluh juta lebih, gua jadi rasa nak tengok. Lagi pun, ada Maya Karin tu. Gila la tak tengok dia berlakon.
Jadi, gua pun hadap la cerita yang berdurasi lebih kurang dua jam tu. Macam biasa lagi, takde lagi tanda-tanda rasa nak menangis. Mata pun tak rasa pedih lagi. Gua teruskan juga tengok, gua dah rasa hampa dah. Tapi gua fikir balik, takkan nak ikut sebijik dalam novel, silap-silap 3 hari baru habis cerita dia. Nampak? Gua cuba sedapkan hati.
Makin lama, makin jadi tak sedap dah hati gua. Gua pelik pasal apa kawan serumah gua, tengok cerita ni sampai tiga kali? Tiga-tiga kali tu juga dia menangis. Gua pulak, rasa nak tergelak je. Lagi-lagi bila scene Pak Dollah kejar kereta Encik Hariz, pergi je la terus rumah dia, nak kejar pasal apa? Buat letih je lari-lari, dah la Pak Dollah tu dah tua.
Tapi, ada juga la part yang sedih, masa Izzah kena pukul sampai pengsan,sebab Pak Dollah syak dia mengandung tu. Part tu gua rasa nak menangis juga la sikit. Tapi, dalam novel lagi power, masa Encik Hariz mengamuk nak buang kucing Izzah, lepas tu Izzah cakap dia dah takde siapa-siapa dalam dunia ni, ada kucing tu je. Fuhhh! Yang tu power beb! Jadi pendapat gua, cerita Ombak Rindu ni gua bagi tiga bintang. Novel dia lak gua bagi lima puluh bintang.
Kau orang lak macam mana? Sama pendapat dengan gua jugak ke? Kalau sama kita geng la. Kah kah kah!

Friday 13 January 2012

Follower dan Traffic

Gua nak join segmen ni entah-entah gua menang nanti.


SEGMEN Mr.E'raz Fadli (TINGKATKAN FOLLOWER DAN TRAFFIC) by Mr.E'raz Fadli


 Syarat-syaratnya:

- Follow blog Mr.E'raz.- Like Fanpage Mr.E'raz- Buat satu entri pasal Segmen Mr.E'raz Fadli (tingkatkan followers dan traffic) dan link-kan entri tersebut Di sini.


- Letak banner. Tag tiga orang rakan blogger.


Hadiahnya yang akan diberi oleh Mr.E'raz Fadli seperti berikut:


1- Semua link akan disenaraikan dalam entri yg dipanggil Sticky Post.

2- Brader Eraz letak dalam special bloglist selama sebulan.

Kau orang baca je jangan join, baru la senang gua menang. Kahkahkah. Terima kasih dekat Makwe Kenit ni sebab tag gua pagi tadi, puas juga gua fikir nak tag siapa ni,


Cik Stardusthill


Cik Zoeyzauyah


Cik Lovely Fieda

Tuesday 10 January 2012

Hutang

Ketika gua tulis entri ini, keadaan sudah tenang dan juga terkawal. Hari itu, gua dan lagi sorang kawan serumah gua, lepak depan rumah. Kawan gua baru lepas tukar warna motorsikal dia. Jadi, gua tolong dia tampal strike, tengah tampal strike tu, tiba-tiba seorang brader naik motorsikal berenti depan rumah.
"Alamat ni dekat sini, kan?" Soal brader tersebut. Sambil dia menunjukkan sekeping kertas.
"Ha'ah, betul la tu, apahal?" Gua soal, muka gua masamkan, biar nampak ganas sikit.
"Dah berapa kali kompeni aku bagi surat? Tak bayar juga pasal apa?" Brader tu soal gua balik, tinggi juga tona suara dia.
Gua pergi dekat dia, gua mintak surat tu, suara gua, gua dah rendahkan. Lama juga gua tengok surat tu. Siapa pulak buat hal ni.
"Relaks la, bang. Jangan kecoh macam ni, malu orang lain dengar nanti." Kawan gua cuba meraih simpati brader tersebut.
"Dah banyak masa kompeni aku bagi, tak bayar juga. Nak tunjuk keras kepala. Dah, dah aku buat kerja aku, ko jangan sibuk. Kepala ko aku potong karang, nak?" Balas brader itu lagi.
"Relaks la, bang. Melayu sama melayu kot bang? Takkan sampai macam ni?" Sampuk gua, penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.
"Dah, dah korang jangan bising, aku tumbuk karang, sia-sia je. Dah!" Balas brader tu lagi.
Keesokan harinya, semua keluarkan duit. Timbul lagi satu masalah. Semua tak 'berani' nak pergi bayar. Disebabkan gua yang mempunyai ciri-ciri yang paling tinggi untuk jadi ketua gangster dalam ramai-ramai tu, makanya, gua la yang pergi. Gua ajak sorang lagi, puas juga paksa dia suruh ikut gua. Yea la, buatnya jadi apa-apa karang, ada juga orang nak backup.
Kami pun menuju ke alamat yang tertera di dalam surat yang ditinggalkan oleh brader yang datang kemarin. Ramai juga gua tengok orang dekat situ, semua nak bayar hutang juga agaknya. Gua meneka. Hampir 25 minit menunggu, gua pun dipanggil, lekas-lekas gua dengan kawan gua bangun dan duduk di kerusi yang di sediakan.
"Ni duitnya, saya rasa cukup. Kalau tak percaya, kira la." Penuh sopan-santun gua menyusun bicara.
Perempuan di depan kami tersenyum, "Bekalan elektrik akan disambung semula selepas jam 5 petang nanti. Lainkali bayar awal, ya," Sambil dia tersenyum lagi.