Translate

Friday 16 March 2012

Batu Nisan Berkata-Kata

Gua dah mula rasa payah main blog ni, orang lain gua tengok relaks je sehari up dua tiga entri. Datang dari mana la agaknya ilham nak menulis tu. Gua nak up sehari satu entri pun perit. Tapi, lepas gua ronda-ronda dekat facebook tadi, gua dapat idea nak tulis entri ni.
Lama juga la gua buang masa dekat facebook tadi. Macam-macam post gua baca, ada yang merajuk dengan pakwe, mengamuk tulis mencarut pun ada juga. Makan nasi lauk telur mata dengan kicap pun post juga. Kah kah kah.

Tapi, ada satu post ni yang menarik minat gua. Kawan gua yang sama-sama ambik sijil STAM dulu yang post. "Kalau dah arwah nanti, dekat batu nisan, mana ada tulis kita ni model ke apa ke. Jadi, jangan sombong." Lebih kurang macam ni la dia post. Seram juga bila gua baca tadi, gua nak dekat dengan batu nisan pun takut, macam mana lak nak baca.
Tapi, ada benar juga dia tulis macam tu, kau orang pernah baca dekat batu nisan tulis macam tu? Tapi, bukan model je tak tulis, semua jenis kerja takde tulis. Tak kira la dia tokey syarikat membekal batu nisan, dan menggunakan kereta jenis nissan, takde juga tulis, gua rasa.
Gua bukan la seorang Ustaz, tak pernah langsung terlintas di hati gua ni nak jadi seorang Ustazah. Tapi, takde la gua bodoh betul. Tau juga la sikit-sikit pasal ilmu ketuhanan ni. Sebab apa tak ditulis? Sebab yang ditulis hanyalah segala amalan kita, ditulis oleh dua orang Malaikat yang telah dilantik. Kalau banyak amalan baik ditulis, maka berbahagialah. Jika banyak amalan tidak baik, maka sengsaralah di 'sana' nanti.
Eleh, tau-tau je dia ni sengsara atau bahagia, pernah pergi 'sana' ke? Kalau ada yang soal macam ni, gua akan jawab dengan tenang, "tak pernah!" tapi gua dengar ustaz gua bagitau. Jadi, jangan la dipersoalkan macam mana ustaz gua tu tahu, dah nama dia pun ustaz, mengajar pulak bahagian Usuluddin, mesti la dia tahu.
Sebagaimana yang gua bagitahu tadi, entri ini bukan la sebab nak tunjuk pandai atau apa-apa yang sama waktu dengannya. Gua rasa kawan gua tu pun sama, mungkin sebab dia tengok rancangan American Next Top Model masa dia buat post tu. Jadi, yang baik ambik la buat teladan, yang tak baik tu, tak payah la ambik, yea dak? Jadi, disebabkan entri ini berunsur islamik, maka, gua akhiri dengan Wassalamu, wallahu a'alamu bissawab.