Translate

Thursday 2 February 2012

Gua dan Cinta II

Sekarang ni kalau sebut pasal cinta, budak-budak pun dah power juga. Bukan setakat cakap I love you je, dia orang lagi advance. Ada yang cakap Aisheteru la, Saranghaeyo la, entah apa bahasa lagi dia orang guna. Kau ada? Dari dulu mengorat asyik cakap I love you je.
Benda apa yang paling berkait rapat dengan cinta? Haaa, bagi gua la kan, mengorat la benda paling rapat sekali. Tapi ada juga jenis tak mengorat lama-lama, macam cinta 'pandang pertama' tu, hari ni kenal, malam kawin, pagi besok cerai. Paham? Tak paham sudah, malas gua nak terang.
Okay, okay gua bagi contoh sikit berkenaan mengorat ni. Gua takde la power sangat dalam arena pemengoratan ni, tapi ada la sikit pengalaman nak dikongsi. Masa tu gua lepak dengan kawan-kawan gua dekat satu shopping mall ni, tengah-tengah melepak tu, lalu dua orang makwe. Gua pun apa lagi, buat la bunyi 'chuwit chuwit' guna bibir. Makwe tu senyum. Dah ada respon, gua pun jadi berani la.
"Hai, Cik makwe. Saya single lagi ni, jom kawin lari dekat siam, nak?" Gua gelak-gelak sikit. Makwe tu maki gua beb! Dia cakap nak report polis sebab gua kacau dia. Terus blah la, gila nak tunggu lagi. Buatnya dia report interpol, jadi pelarian antarabangsa gua nanti.
Tapi gua jenis yang tak serik, nak jadi playboy takkan mudah je nak mengalah, yea dak? Kali kedua, gua mengorat lagi. Masa tu atas motor, gua dengan kawan, baru balik dari makan nasi bujang. Ada satu makwe ni, gua tengok dua tiga kali juga dia pandang-pandang gua. Gua pun perlahankan kelajuan motorsikal gua. Dah sampai dekat dengan dia, gua tegur.
"Hai, dari tadi asyik tengok saya je, kalau nak mengorat, cepat-cepat la. Nanti saya dikebas orang." Gua serius, sebab makwe tu comel betul.
"Toksah loklak aih, kami nak lintaih jalan, hangpa dari tadi dok bawak slow pasaipa? Bawak motor serupa bawak penyapu, cemuih dok tunggu," kata makwe comel tu.
Celaka, malu beb. Sikit pun dia tak layan. Kawan gua tarik visor dah, tepuk-tepuk bahu gua suruh jalan. Kami pun blah la, belum sampai lagi jodoh gua agaknya.
Tapi ada sikit la gua nak pesan. Hormatilah makwe-makwe di luar sana, nescaya dia akan hormat kita sebagai lelaki juga. Untuk lelaki la. Untuk perempuan kau orang tukar la sendiri ayat tu. Malas gua nak ulang tulis.